KURMA TELUR PENGANTIN

Kurma Telur Pengantin
Assalammualaikum semua, salam sejahtera. Berjumpa lagi dihari Isnin....Hmm macam boring je, semua tengah mood Monday blues ke?...Biasalah kan, lagi2 kalau dah bercuti. Tapi bagi kami yang kerja2 sendiri ni no monday blues ke, tuesday red ke atau wednesday purple....koo malas keje no money okey, sendiri boss sendiri kuli..hehe, ok cukup2, kang ada mula yang nak korek2 rahsia..tak skeee woo, rahsia tetap rahsia, kalau kongsi nanti ada orang curi untuk kepentingan peribadi...dosaa weyyy!!. Amacam nama resipi hari ni, ada yang terkejut ke...Sat tadi tanya dengan Ben, pasal nama resipi ni....hmm dia pun macam terkejut agaknya..hahaha, kontroversi koo..."Kurma Telur Pengantin"...mati lah pengantin marah pak tuaa...Huk alah releks laa beb, telur ayam leerr. Semalam mat ada jemputan kawen di Labu, Negeri Sembilan, sokali kan di bagi eyy den sopuloh biji tolo, mangg aii, banyak tu yang ooii... Hari ni terus ter magic kan dia jadi masak kurma telur pengantin....Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji telur ayam, rebus keras dan kupas
2 biji kentang
1 biji tomato, belah 4 atau 10 biji tomato ceri
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
800 ml air
3/4 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
3/4 camca teh lada hitam*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan, disimpul
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur tadi digoreng dengan minyak hingga berkulit. Angkat dah toskan. Kentang dikupas, potong 8 setiap satu, rendam. Bahan kisar tadi disatukan dengan rempah kurma, kacau rata dan biarkan sekejap. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu, masukkan bahan kisar + rempah kurma tadi, tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan kentang (toskan dahulu) dan kacau rata, tuang air dan biar mendidih.
  3. Bila kentang lembut, masukkan telur dan santan, gula melaka, asam gelugor, kerisik dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala.
  4. Masukkan cili belah dan tomato, masak sekejap. Rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, atau roti canai...

Post a Comment

9 Comments

  1. salam CMG, tima kasih ler byk2 kasi idea msk mcm ni. slalu dpt byk teloq dr kenduri kawen ni sya msk sambal, msk kicap or msk kari je. sekurang2 nya btambah ler menu teloq rebus ni kn..

    ReplyDelete
  2. Salam CMG..
    Comel jer telur tu posing, suke!!!...kalah pengantin! kikiki....

    ReplyDelete
  3. selamatt pengantin baruu!
    selamattt berbahgiaaa...

    apesal aku nyanyi lagu pengantin nih?! oowwwhh aku dh lama tak g jemputan kawin! huwaaaaa...

    ReplyDelete
  4. uisisii.. sedap nampak.. iala kadang dapat telur pengantin banyak sampai tak tau nak buat aper..sebenarnya maca-macam boleh dibuat dengan telur pengantin nikan CMG, buat sandwish telur pun sedapkan..

    ReplyDelete
  5. Salam CMG,
    Mng sedap lauk telur mcm ni....cantiklah gambar lada tu dok atas telur...kih3..

    ReplyDelete
  6. wah! cmg wt kurma telo pun nmpak berslera bagai....

    ReplyDelete
  7. Aiiiksss pak bidan dah tukar jd mak andam or tukang masak pengantin pulak ker??? Heheee...adedeiiii sakit kaki lenguh byk jalan ke Utara, nasib baik balik x tukar cakap Siam...huh! Mat, itu cili apasal gemuk sgt, baik punya posing..seriau nak makan tau..ahaksss!!

    ReplyDelete
  8. sian pengantin tak ada telur dah kena masak heheheheh... tapi nampak menyelerakan lah sedap..

    ReplyDelete
  9. salam haha...
    Tulah selain masak sambal, buat kurma pun sedap..saya ingat nak try rendang telur pulak nanti...kita tunggu pengantin seterusnya yeaa..

    salam lovely kitchen...
    Hahaha, sebab pose macho sangat lah sampai jadi kontroversi di FB.

    salam hana...
    Nyanyi2 juga, kalau salam tu jgn kosong jee..paling koman pun RM 50 yeaa...hahaha.

    salam aisy...
    Betul tu, ikut kreativiti kita.

    salam kak yatie..
    Hahah, kak, sebah kedudukkan lada tu lah saya sampai dpt call, kontroversi..panass..

    salam fkwl...
    Hmm, kuah tu boleh cicah roti, pulut kuning atau lempeng pekak.

    salam kak ummi...
    Waaa, balik dari utara dah style lain nampak..lada tu biasa lahh merah melambang kan hangat dan berani mati.

    salam mahumahu...
    Hahaha, alah pinjam 1 je..tuu ada lagi 1 kan, jadi lah dari tak de terus!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.