KONNYAKU JELLY MEDLEY..

Konnyaku Jelly Medley
Salam Jumaat yang mulia, semalam cuaca panas kan, nak tidur pun payah. Pendingin hawa letak suhu paling rendah pun masih rasa tak cukup sejuk. Aduhhh dugaan, sabar jee lah, kita manusia ni, panas sibuk, sejuk sibuk, hujan sibuk, tak hujan lagi lahhh sibuk...serba tak kena kan... Ok hari ni mat buat pencuci mulut paling senang di doniaaa... Excelikan malam tadi ada chat dengan "Sis Linn Bukit Indah"..pasal pencuci mulut....terus teragak pulak...tapi kan yang ni biasa2 jee, bukan yang gempaq sangat...Memandang kan jelly powder ada lagi, mat guna jelah dari masuk angin... Resipi pulak senang, kalau ikut arahan pack jelly "Konnyaku" tu, jelly jadi sedikit keras, ilham cipta datang dari buku "Amy Beh"....yang ni mat dah tambah sedikit air...Ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
800 ml air
1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  2. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Bagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letak kan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
  3. Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comey untuk membekukan jelly. Tuang no 2 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

Post a Comment

5 Comments

  1. mat, kalau x de biji selasih tu boleh ganti dgn apa ya... konnyaku jelly tu ada nak try la....

    ReplyDelete
  2. salam kak rose...
    Kalau tak de, akak abai kan je biji selasih tu..tak yah letak...

    ReplyDelete
  3. Woooowww cantiknya desert kaler purple gitewww..membuka selera la Mat..serbuk konyaku ada lg tuh..nnt la nk buat..panas2 ni kena byk2 slurpp jelly..hehe

    ReplyDelete
  4. salam kak ummi..,
    Tul tu kak, saya sebelum komen ni, baru je lepas melantak 2 ketul jelly tu...sejukkk dan nyamannnn..

    ReplyDelete
  5. salam CMG,mcmn cara plg praktikal utk keluarkan jelly dr acuan supaya jelly tu tk rosak dan mudah dikeluarkan??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.