MOCHA BUN

Mocha Bun
As'laikum semua, selamat malam, sebenarnya nak masukkan n3 ni petang tadi, tapi siang tadi ada hal lain yang perlu dibereskan. Hari ni mat cuba buat roti yang menggunakan sejenis bahan pemangkin yang di panggil "water roux"... Ini semua mat jumpa masa menziarah blog mamafami, dia tu kan rajin mencuba segala macam tok nenek resipi, baik barat mau pun timur, tah2 resipi kutub utara pun dia tau. Tapi resipi bun ni mat kutip kat blog "hana" the vouge jawa mom yang baru menghasilkan anak baru2 ni..amponnn Hana!!!, dengan penambahan "water roux" ini roti menjadi anjal, lembut dan memantul bila ditekan (tapi kalau u all pijak dgn kaki of couse lah penyek!!!)... Sebelum tu nak minta ampon juga, sebab berlakunya sedikit pengubahsuaian mengikut keadaan semasa...tak banyak cuma sikittt jeee..jadi minta halal lah yea... Untuk resipi yang original tanpa di inject botox, silicone mau pun pembedahan plastik, sila ke sini untuk ke blog "Hana" dan sini untuk ke blog "Mama Fami".........

BAHAN-BAHANNYA :-)
190 g tepung roti (high protein flour)
50 g gula halus
2 g garam halus
6 g instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1 kuning telur
50 g susu segar (mat guna "nescafe mocha" dlm tin)
1 camca besar serbuk koko + 1 camca besar air panas
60 g "water roux" (resipi di bawah)*
1/2 camca teh coffe emulco
30 g mentega

BAHAN "WATER ROUX" :-)
50 g tepung gandum*
250 ml air*(*disatukan, kacau rata dan jerang dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji. Matikan api, sejukkan. Guna seperti yang disyorkan dalam resipi. Selebihnya ditutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan 3 hari...rupa "water roux" seperti gambar di bawah).


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali mentega, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang lembut dan anjal (kurang lebih 20 - 25 minit), kemudian alih adunan ke dalam bekas dan tutup dengan plastic, biar kan 1 jam hingga adunan kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Biar hingga siap, dari proses mengadun, menguli dan memerap mengambil masa 1 jam 30 minit....(ikut BM memasing yeaa).
  2. Keluarkan adunan, uli sekejap untuk membuang udara, biarkan 10 minit. Bagi2 adunan ke beberapa bahagian yang beratnya setiap satu 35g. Bulat2kan dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus keluar dari oven. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang....

Post a Comment

3 Comments

  1. Waaaaahhh semua org dah ber"water roux"...Mamafami mmg terror bab roti meroti nih..hehe, ni kena try gak la nih, xleh jadik nih....cantik je roti tu eh..bersarang2 n nmpak lembut..

    ReplyDelete
  2. Naper ler tetiba rasa lapo pada pukul 2 pagi ni ye? Oh ya, gara-gara tengok roti Mat ni ler. Nak wat, karang orang kata, buang tebiat pulak uli roti sebelum Subuh. Hihihi.... Tapi kan, jangan heran, ma baru je kejap ni keluarkan muffin choc chip resepi orang atas ni ha.... yang dia cilok dari blog Jun tuuuuu.....

    ReplyDelete
  3. haah la! aku pong lapooo! mintak mintakkkk! semua taww mat! aritu buat seadunan tak cukup! nmpk no aku ngan laki aku kuat makan! wahahaha

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.