NASI DAGANG 2

Nasi Dagang

Hari ni mat masak nasi dagang...kali kedua cuba menggunakan beras kaler coklat tu (dulu masa mula2 try, aku fill....frustt leer, nasi tu keras gilaaa!!!)...Mat campur dengan beras wangi. Cuma guna 1 bahagian beras coklat dan 3 bahagian beras siam wangi...

Nasi Dagang

Dengan senang hatinya, kali ni nasi jadi elok, tapi mat rebus dulu beras coklat tu sampai kembang dan lembut, toskan dan campur dalam beras siam (selepas beras siam tu dikukus untuk kali kedua)....Pening ekk..tak pe, kita tengok yea.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 G beras siam, cuci dan rendam 3 jam
250 g beras coklat (brown rice), cuci dan rendam semalaman
600 ml santan*
1 camca teh garam dan sedikit gula (secukup rasa)*(*disatukan dan kacau sebati)
10 biji bawang merah, hiris halus
1 camca besar halba
2 inci halia muda, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras perang, rebus hingga menjadi nasi (kurang lebih 25 - 30 minit). Tos dan ketepikan. Toskan beras siam, kukus 15 minit atas air mendidih.
  2. Keluarkan beras siam dan masukkan ke dalam satu bekas besar. Gaul beras perang tadi, halba, bawang merah hiris dan halia. Kacau rata. Tuang sebahagain santan dan gaul rata.
  3. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian keluarkan, dan gaul lebihan santan hingga habis. Kukus kembali hingga nasi masak elok (kurang lebih 25 minit). Hidang kan bersama gulai ikan tongkol dan acar mentah...

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap2...
    cik mat leh gak try gune campuran beras biasa + beras pulut...
    sini aishah campur beras siam + beras jepun...

    ReplyDelete
  2. aishah...
    Sebelum ni mak dah cuba buat nasi dagang guna beras wangi + beras pulut (cuba u klik bawah label "Nasi" utk n3 lepas)...Tu pasal kali ni saja nak guna beras cekelet tu..nampak nasi dagang yg jual tu mcm lawaa leer guna beras cekelet...

    ReplyDelete
  3. hehehe...aseiii terlepas pandang lak kite...
    mmg lawo gune beras tu...tp kite tak pernah cuba lagi...

    ReplyDelete
  4. salam. tau tak kenapa experiment pertama mat, nasi jadi keras? Actually, kalau nak guna beras nasi dagang, kita kena rendam dulu dalam air biasa, about 4-5 hours supaya beras jadi lembut. Basuh beras dulu kemudian baru rendam. Selalunya kita kat Kelantan guna beras ni tanpa campur dengan beras lain... api kalau orang yang jual, kalau nak untung lebih, mereka akan campur dengan beras biasa.

    ReplyDelete
  5. hehe jgn direbus beras tu..tp ko rendam dulu beras tu dlm few hours...barula lembut beras tu nnt..ni mak aku la ckp..mak aku org ganu

    ReplyDelete
  6. abg mat....klau dkt2 tu sy bagi jer beras coklat tu....sbb kt klantan senang dpt...xyah cmpur2 pakai beras tu jer...rendam dulu bg lembut....ms rendam tu letak halba kit....tapi sy th tengok dan makan jer.....nk buat xreti....huhuhu baik ngaku...

    ReplyDelete
  7. Asllmkm. . Sedapnya. . . Kalau cm campurkan 1kg beras nasi dagang n 1kg beras wangi serta 1cup beras pulut lagi sedap.Bahan2 lain sama je. Emmmmm. . Sekadar share.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.