KEK LAPIS OREO

Kek Lapis Oreo

Ini sebenarnya resipi kek lapis cadbury dari blog "Rozzan"....tapi mat tukar dengan oreo...Apa2 pun kredit harus dibagi kepada rozzan kerana kepakaran beliau dalam bab lapis melapis nihh!!!!.

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g mentega
10 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g biskut marie, kisar halus
50 g serbuk santan
100 g susu pekat manis
180 g tepung gandum
Biskut oreo secukupnya, dibuang cream

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (mat guba kaler oren dan hijau). Letak 4 camca besar adunan oren, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler oren hingga masak.
  4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap...

Post a Comment

9 Comments

  1. ssalammualaikum Mat,

    Ella nak bertanya, telur nya tidak payah diasingkan ke? Dan biskut nya kembang ke tidak atau garing bila di letak diatas adunan kek itu?

    ReplyDelete
  2. salam mamaella...
    Mula2 memang sedikit garing, bila "dah masuk angin"....dia jadi lembut dan mudah utk dipotong....Mat rasakan serbuk santan tu kalau u ganti dengan coffemate pun sedap!!

    ReplyDelete
  3. Amboiii Mat, rajinnya melapis..ko ada terima tempahan ke? Raya ni ko jamu kuih lapis je ek? Mahaiii tuuuu...Ish larat betul ko duk berjam2 kat oven tu yat Mat..Sedap n nmpak moist betul sume kek lapis ko ni..terkecuq ayaq liuq dah ni..! Rasa cam nak menempah dgn ko je lah Mat..

    ReplyDelete
  4. trimakasih Mat !
    memang i sedang mencari resepi lapis oreo nie :)

    ReplyDelete
  5. CMG,
    kek ni guna loyang berapa inch ek?
    boleh bgtaw? tq ^__^

    ReplyDelete
  6. salam..mat

    memang pakai grill je kan.?bukan bake ekk?takut saya tersilap pula nnt..then serbuk santan tu kalau saya guna dessicated coconut..kena blander dulu lah ekk?

    ReplyDelete
  7. abang mat... biskut oreo tu mula disusun pada lapis ke 5... so bila pulak next susunan biskut itu

    ReplyDelete
  8. amboii cantik nya kek ko mat haii . .farah nak share resepi ne buleh ke? :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.