KUEY TEOW HAILAM

Kuey Teow Hailam

Jemput makan semua, tak leh nak cerita banyak2...tengah syok ni makan...ahakss......

Bahan-Bahannya :-)
500 g kuey teow
2 camca besar kicap cair
1 cawan bunga kobis
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 batang lobah merah, hiris nipis
1 biji tomato, belah enam
1 pokok sawi putih, diasing batang dan daun
300 g daging lembu
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos abalone
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar tepung jagung + 1/2 cawan air
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris daging, cuci dan rebus bersama 1 inci halia (diketuk) dan 2 ulas bawang putih (diketuk) hingga lembut. Cuci kuey teow dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masuk sos tiram, sos abalone dan serbuk lada hitam, gaul rata dan masukkan daging rebus bersama2 stoknya (tambah air kalau perlu). Bila mendidih, masukkan lobak merah dan bunga kobis. Masak hingga lembut sedikit.
  3. Kemudian masukkan batang sawi, capsicum merah dan hijau serta belahan tomato. Masukkan secubit gula dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan rasa kuahnya, jika kurang masin, tambah garam. Bila mendidih dan pekat, boleh matikan api.
  5. PENYEDIAAN MEE :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan kicap cair dan juga kuey teow. Gaul rata dan goreng sebentar, matikan api. Bubuh kuey teow dalam mangkuk mengikut keperluan, tuang kuah bersama isi2nya dan tabur bahan2 sampingan. Boleh dihidangkan panas2....(kalau suka boleh makan dengan cili sos)

Post a Comment

6 Comments

  1. salam bang mat..tak baik tau siksa orang memalam hari gini ..kuey teow hailam ni kami anak beranak suka makan..selain resepi ni,sos abalone tu boleh buat masak apa lagi yer...

    ReplyDelete
  2. look very delicious, but i prefer with less but a bit thicker gravy....

    ReplyDelete
  3. Salam to MatGebu;
    masakan mat gebu memang sempoi tapi sedap dan menarik membuatkan mama rasa nak mencuba semuanya...
    supaya tak ketinggalan resepi resepi meleleh matgebu ni, mama linkkan blog mat kat website mama ye?

    ReplyDelete
  4. pinatbabe...
    salam pinat. mat buat ni sebab tak leh makan nasi (i sakit gusi u)...sos abalone tu boleh guna macam sos tiram, tapi skit sahaja sudah memadai.

    datin zai...
    mat terpaksa makan kuah lebih sebab i tak leh makan lauk2 dia masa tu, gusi sakit jadi tak boleh mengunyah....sedihh laaa.

    nora sakura...
    laaa, nanti boleh cuba yeaa...

    drzeze...
    terima kasih yea mama, dgn besar hati lah mat izin kan dan terima kasih kerana sudi singgah...

    ReplyDelete
  5. ya Allah...sodapnyeee!!! mesti cuba nih...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.