CINNAMON ROLL

Untuk minum petang hari ni, mat buat cinnamon roll....sedap, lembut dan harum, tak delah rasa aroma "kulit kayu manis" terlampau kuat, cuma rasa sipi2 saja.....resipi basic sweet dough dari "Kak Noraini"......Jom kita buat......

Bahan Doh :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula halus (gula kastor)
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g instant yeast
40 g shortening (lemak sayur)
250 ml air

Bahan Inti :-)
3 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis




Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
  2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
  3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......

Post a Comment

2 Comments

  1. salam, saya dah cuba hari ini. semasa menguli saya dh risau sbb doh terlalu lembut, x macam roti putih. tapi naik seperti diharapkan. cuma semasa rehat kali kedua, doh x naik sgt. hasilnya, lembut dan x manis sgt. InsyaAllah akan cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. as'salam che mat....hari ni terpanggil utk tinggal jejak...setiap hari saya masuk dapur che mat...semua masakan best...yang menjadi ke...tak menjadi ke..tetap bagi saya cam jadi je..hehehe..kalau saya, tak menjadi, memang tak menjadi betul2 punya x menjadi..(huhu..che mat paham ke nih?? mcm berjela je...hehehe).

    saya sangat2 suka cinnamon roll..pernah merata cari cinnabon kiosk sbb nak makan cinnamon roll punya pasal...kalau kat bakery, susah nak jumpa...ada jugak tengok2 resepi mat salleh punya..tapi tak terbuat2 lagi...bab2 baking ni saya memang gred 'F'...hehehe

    bila la nak pandai masak cam che mat...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.